Ambil dari WhatsApp :
*CERITA SEORANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN*
Kisah ini terjadi di dalam satu majlis perkahwinan melibatkan salah seorang rakan sekelas sekolah rendah dahulu.
Salah seorang daripada mereka melihat seorang guru sekolah dahulu turut hadir dalam majlis tersebut.
Murid itu segera mendatangi, menyapa dan bersalaman dengan penuh penghormatan, sambil berkata:
*"Cikgu masih ingat saya lagi tak?”*
Gurunya menjawab: *“Tidak.”*
Murid itu hairan dan bertanya lagi, *"Eh, cikgu tak ingat saya?"*
"Saya kan... murid yang *mencuri jam tangan* salah seorang kawan di dalam kelas tahun 4 dahulu.
"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket2 semua murid.
"Saya terfikir ketika itu yang saya akan dipanggil ketika perhimpunan dan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, tentu mereka akan menggelar saya *"pencuri"* dan saya pasti kejadian itu akan menghantui sepanjang hidup saya".
"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami semua menutup mata.
"Cikgu memeriksa semua poket kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan pencarian hingga ke murid yang terakhir".
"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka mata, dan duduk di tempat duduk masing2".
*Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan kawan-kawan saya.*
Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya, walaupun ada yang bertanya siapa yang melakukannya.
*"Sepanjang saya belajar di sekolah itu sehingga tamat tahun 6, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru atau murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu, hingga sekarang.*
"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢
*"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?*
*😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.*
*🙌🏼 Saya sangat mengkagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.*
Guru itu menjawab:
*Sungguh... saya tidak mengingati tentang kamu, kerana pada waktu memeriksa poket itu, saya turut menutup mata, kerana bila jam itu ditemui, saya tidak mahu tahu siapa pelakunya.*
_*Ini Kerana saya tidak mahu merasa kecewa* atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mencintai semua murid-murid saya"*._
Bekas Murid tadi terkedu dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagum dan hormatnya pada guru itu.
Hikmah dan pengajaran:
⚠ *Seseorang memerlukan akhlak dan kaedah untuk* menutup keburukan *orang lain ketika ia mempunyai sebab dan kuasa untuk membukanya.*
*Jangan mengaibkan seseorang hanya kerana satu kesalahan, kerana ia boleh menghancurkan diri yang berkenaan sepanjang hidupnya dan mungkin akan punah masa depannya.*
_*Bertindah secara diam adalah kaedah Memaafkan & Mengampuni penuh kebijaksanaan.*_
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment