doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Saturday 30 January 2016

ABANG & KAKAK UNIVERSITI

20 orang abang & kakak yang sedang bercuti semester membimbing pelajar asrama hari ini 30 Januari dan esok 31 Januari 2016. Semua pelajar boleh masuk universiti seperti mereka.

Friday 29 January 2016

SINAR HARIAN - KEMAHIRAN MENGARANG DAN FOTOGRAFI


Puan NORADILAH sebagai guru pengiring.




5 orang peserta sekolah kita.






Terima kasih kepada Sinar Harian yang memberi peluang kepada pelajar memahami tugas wartawan. Terima kasih juga kepada Rompin Beach Resort yang menaja makan dan tempat kursus.

Thursday 28 January 2016

MESYUARAT AJK PIBG

Mesyuarat diadakan pada 28 Jan 2016, jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat.

PROGRAM BAHASA ARAB JAIP

Al-Qafilah Al-Arabiah

1) OBJEKTIF

  •  Mengukuh dan memantapkan penguasaan Bahasa Arab dikalangan pelajar-pelajar SMA Pahang.
  •  Menguasai Bahasa Arab secara mudah dan berkesan.
  •  Kemahiran bertutur dalam lahjah Arab yang betul.
2) TARIKH PELAKSANAAN
  •  Februari – Latihan kepada guru-guru
  •  Mac - Ogos – Perlaksanaan program di peringkat sekolah
3) KAEDAH PELAKSANAAN
  •  Pembentukan ahli jawatankuasa di peringkat sekolah.
  •  Semua guru Nizom Bouth Tingkatan 1-5 adalah tenaga pengajar.
  •  Bengkel latihan kepada guru akan bermula bulan Februari.
  •  Perlaksanaan diperingkat sekolah bermula bulan Mac.
  •  Pemantauan bermula bulan Mac secara berkala.
  •  Bahan / Modul dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan dalam bentuk email untuk dicetak dan diedar kepada pelajar. 
 JADUAL KURSUS UNTUK GURU
TARIKH
SEKOLAH
TEMPAT
MASA
13 Feb 2016
Siri 1

1. SMA Al-Ihsan (Tuan Rumah)
2. SMA Tengku Ampuan Fatimah
3. SMA Al-Attas
4. SMA Rompin
5. SMA Bukit Ibam
6. Kulliah SAB

Dewan
SMA Al-Ihsan
8.00 pagi – 1.00 Petang
20 Feb 2016
Siri 2

1. Ma’ahad SAS, Jengka (Tuan Rumah)
2. SMA Pulau Tawar
3. SMA Al-Wosto, Temerloh
4. SMA Al-Khairiah, Temerloh
5. SMA Maran
6. SMA Chenor
7. SMA Al-Ittifaqiah Guai

Dewan
Ma’ahad SAS, Jengka
8.00 pagi – 1.00 Petang

CUTI TAHUN BARU CINA

Cuti adalah seperti berikut:

8 Februari 2016
Isnin
9 Februari 2016
Selasa
10 Februari 2016
Rabu
11 Februari 2016
Khamis
12 Februari 2016
Jumaat

CUACA HARI INI


BAHASA ARAB PAGI




Pelajar 2AU berjaya membuat ayat masing-masing.

Wednesday 27 January 2016

PEGAWAI BOMBA


Pegawai bomba hadir ke sekolah mendapatkan maklumat kadet bomba untuk aktiviti tahun 2016. Terima kasih!

TAKRAW MSSD ROMPIN




Tahniah kepada pemain yang mewakili sekolah kita menyertai sepak takraw bawah 18 dan 15 tahun. Pemain yang boleh mewakili sekolah tahun 2017 hendaklah berlatih dari sekarang supaya menjadi JOHAN!