doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Friday 31 January 2020

BERTUKAR



MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN CIKGU ZUNOMAINDATU IKMA BT AB. SAMAT &  NORAZYANTI BT AZIZ 

Suasana sedih berawan pilu menyelubungi Dewan Mahkota sekitar perhimpunan pagi ini. Satu majlis ringkas serba sederhana tetapi penuh bermakna telah diadakan bagi meraikan dua susuk insan bergelar pendidik tegar ini.  Mencurah bakti di SMA Rompin semenjak 2007, kini tibalah masanya kedua orang guru ini beralih arah ke tempat baru. Sinonim dengan Cikgu Matematik, Cikgu Zunormaindatu Ikma akan berpindah ke Maahad Saniah Pasir Puteh Kelantan. Manakala Teacher Azyanti pula akan menyambung perkhidmatannya di SMA Al-Ihsan Kuantan.

Ini adalah kehilangan besar buat warga SMA Rompin memandangkan keduanya merupakan guru berpengalaman yang telah banyak membantu menaikkan imej sekolah dengan pelbagai program dan pencapaian cemerlang.

Berbelas tahun diperantauan dan terpaksa berjauhan dari keluarga tersayang sememangnya menuntut pengorbanan dan kesabaran serta semangat juang yang tinggi. Itulah resmi seorang guru. Semoga penghijrahan ini menjadi satu titik permulaan yang lebih baik buat kedua guru ini.

Jutaan Terima Kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada SMAR.



Sunday 26 January 2020

BELAJAR LAGI



Abdul Rahim Bin Zulkifli UIAM

Hassan bin and Aziz 

Muhd Jeffri bin Salleh UM

Mohamad asroff bin zohri POLITEKNIK Muadzam Shah

Muhammad Fikri Bin Abd Samad. UPSI

BAHASA ARAB DEWASA 26 JANUARI 2020




Klik butang suara di bawah untuk dengar pelajaran selanjutnya.



Friday 17 January 2020

CUTI TAHUN BARU CINA


CUTI TAHUN BARU CINA.

23 hingga 27 Januari 2020
(Khamis,Jumaat ,
Sabtu , Ahad , Isnin)

22 Jan 2020 (Rabu) pelajar balik pada pukul 2.00 ptg.

28 Jan 2020 ( Selasa)
Semua pelajar hadir ke sekolah spt biasa.

BACA YAA SEEN



Tuesday 7 January 2020