doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Monday 1 November 2021

SUMBANGAN MUIP UNTUK KERUSI & MEJA MAKMAL KOMPUTER

Khamis (28/10/2021) Pihak sekolah telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM12,190.00 daripada Majlis Ugama Islam Pahang untuk pembelian aset makmal komputer.




 

SEKOLAH MENERIMA ASET BARU

Khamis (28/10/2021) : Kita telah menerima aset-aset baru bagi menggantikan aset lama yang telah rosak. Antara aset yang telah diterima adalah :

Bahagian Sekolah :

1. Meja guru

2. Kerusi belajar

3. Meja belajar


Bahagian Asrama :

1. Katil

2. Tilam

3. Bantal

4. Almari baju




 

PEMANTAUAN ISO

Rabu (27/10/2021) : Audit ISO daripada pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Rompin. Proses audit telah berjalan dengan lancar bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.





 

Monday 30 August 2021

PENGANJURAN PERTANDINGAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN


Pihak sekolah telah mengadakan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-64. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Semoga sambutan hari kemerdekaan akan menambahkan semangat cintakan negara kita Malaysia.
 

Thursday 10 June 2021

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SMA ROMPIN 2020

10 Jun 2021 : Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah diumumkan kepada semua pelajar tingkatan 5 2020. Oleh kerana pandemik Covid19 yang belum pulih, semua pelajar diminta menyemak keputusan mereka secara online.

Dari keputusan yang telah diumumkan, Sekolah Menengah Agama Rompin telah memperoleh tempat ke-5 dari kesemua Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Ianya satu keputusan yang cukup membanggakan bagi seluruh warga sekolah diatas kejayaan yang diperoleh oleh pelajar. Seperti yang kita semua ketahui, mereka telah mengharungi satu tempoh yang cukup mencabar disebabkan pandemik Covid19 yang sedang melanda pada hari ini. Namun begitu, semangat juang mereka tetap tidak luntur dan berjaya diterjemahkan melalui keputusan yang memberansangkan ini. Tahniah diucapkan semua pelajar dan kepada seluruh warga sekolah terutama sekali bagi semua barisan guru yang mengajar subjek SPM. Moga SMA Rompin akan terus mengecap kejayaan di masa yang akan datang.



 

Thursday 8 April 2021

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 4 2021

 8/4/2021 : Ceramah motivasi telah disampaikan kepada semua calon peperiksaan Sijil Menengah Agama 2021 oleh Ustazah Nadia, wakil daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)






KEM BINA INSAN & CERAMAH MOTIVASI TINGKATAN 1

 8/4/2021 : Telah berlangsung satu program bina insan & motivasi pembelajaran yang melibatkan pelajar tingkatan 1. Program dimulakan dengan bacaan surah yassin dan seterusnya slot pemurnian wudhu' dan pemantapan solat yang disampaikan oleh Ustaz Arif Hasnan dan Ustaz Helmi. Program disudahi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Nadia dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).







Wednesday 7 April 2021

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SMA TAHUN 2020

 7/4/2021 : Majlis penyerahan keputusan Sijil Menengah Agama Tahun 2020 telah diadakan di Dewan Mahkota. Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Puan Pengetua kepada semua calon SMA 2020. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan.

















Tuesday 6 April 2021

MINGGU SUAI KENAL (ORIENTASI TINGKATAN 1)

6/4/2021 : Pelajar-pelajar tingkatan 1 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan sesi suai kenal bersama guru-guru SMA Rompin.








 

Wednesday 20 January 2021

PENDAFTARAN SEKOLAH & ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 4(2020) & TINGKATAN 5(2020)


(19/1/2021)

Pelajar tingkatan 4(2020) & tingkatan 5(2020) mula mendaftar memasuki asrama dan sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2021. Mereka akan menghadapi peperiksaan penting iaitu Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang tertangguh. Didoakan mereka terus bersemangat dan akan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti. 





 

Thursday 14 January 2021

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2021

14/1/2021 (KHAMIS) : Telah belangsung pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2021.