doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Thursday 31 March 2022

Makmal Komputer SMAR siap




Alhamdulilah, makmal komputer di SMAR telah dilengkapi dengan 22 PC dan siap sedia untuk digunakan oleh para pelajar dan guru. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) atas sumbangan dan usaha merealisasikan penubuhan makmal komputer di SMAR. Segunung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan juga kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) atas sumbangan kerusi meja komputer, penyaman udara dan OHP Projektor. 

Diharapkan semua guru dan pelajar dapat memanfaatkan dan menjaga kemudahan yang telah disediakan sebaiknya. Syukur, alhamdulilah.

Wednesday 23 March 2022

Mesyuarat Guru kali Pertama Sesi 2022/2023

 



Sekolah Menengah Agama Rompin (SMAR) telah mengadakan mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2022/2023 yang dipengerusikan oleh pengetua sekolah, Puan Lelawati Muhamad Noor. Beliau mengalu - alukan kedatangan guru - guru baru yang dilantik melalui penjawatan Contract of Services DG41 Jabatan Agama Islam Pahang (COS JAIP). 

Selain sesi berkenalan dengan guru baru, mesyuarat turut membahaskan beberapa agenda antaranya ialah membincangkan penyelarasan bayaran yuran sekolah dan asrama serta pengurusan kelas sebagai salah satu persediaan menerima kemasukan pelajar secara bersemuka pada 4 April 2022.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Mahkota Sekolah Menengah Agama Rompin dengan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan turut menerima usul - usul bagi menangani perkara yang berbangkit seperti  kaedah rekod pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) yang berkesan  dan pelaksanaan efektif kelas dan program tahfiz. 

Harapan sekolah semoga para guru terus komited serta ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik.

Tuesday 22 March 2022

SMAR adakan Sekalung Budi Sejambak Kasih

 





Ucapan Pengetua, Puan Lelawati Muhamad Noor

Ucapan perpisahan dari Cikgu Nur Fairuz Mad Sallih 


Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Ustazah Siti Safura Ghazali

Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Cikgu Nor Adilah Jahar

Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Cikgu Noorul Hidayu Khalid

Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Ustaz Mohamad Helmi Nordin 
Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Ustazah  Haslinda Abd Kaiyom

Penyerahan hadiah dari pihak sekolah kepada Sir Muhd Rafek Helmi Abd Halim

Penyerahan hadiah dari wakil PIBG, Encik Zamri Mariman 
 kepada Ustaz Ahmad Asyraaf Ghazali

Penyerahan hadiah dari wakil PIBG, Encik Zamri Mariman 
kepada Ustaz Iza Bakhtiar Borhanuddin

Penyerahan hadiah dari wakil PIBG, Encik Zamri Mariman kepada 
kakitangan sekolah, Puan Rosdahlia Dahlan

Penyerahan cenderamata dari pihak sekolah kepada wakil PIBG, Encik Zamri Mariman

         Sekolah Menengah Agama Rompin (SMAR) telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih pada 20 Mac 2022 yang melibatkan para guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Rompin.

       Pengetua SMA Rompin, Puan Lelawati Muhamad Noor berkata, majlis diadakan bertujuan menghargai jasa dan budi 12 orang guru dan seorang kakitangan sekolah yang  bertukar setelah sekian lama berkhidmat bersama SMA Rompin. Mereka yang diraikan adalah di antara yang ditawarkan kenaikan pangkat, pertukaran tempat dan penjawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 One Off di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, guru Contract of Services Jabatan Agama Islam Pahang (COS JAIP) dan guru turath Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP). 

            Ujarnya lagi , sebahagian guru yang bertukar adalah guru lantikan Amanah Saham Pahang (ASPA) dan telah berkhidmat secara sukarela sebagai guru di SMA Rompin. Umpama hilang permata berharga, pertukaran mereka amat dirasai lantaran pengalaman dan kepakaran yang dimiliki sukar dicari ganti. 

            Hadir bersama merayakan majlis di Villea Golf & Resort Kuala Rompin ialah Pengerusi Persatuan IbuBapa Guru (PIBG), Encik Zamri Mariman. Majlis dimeriahkan lagi dengan penyerahan hadiah dan cenderamata dari pihak sekolah dan PIBG kepada para guru dan kakitangan sekolah yang diraikan iaitu Puan Nur Fairuz Mad Sallih, Puan Cheku Zainuraini Cheku Ahmad, Puan Noorul Hidayu Khalid, Encik Amjad Fakhri Attamimi Ismail, Encik Iza Bakhtiar Borhanuddin, Encik Muhd Rafek Helmi Abd Halim, Encik Ahmad Asyraaf Ghazali, Encik Mohamad Helmi Nordin, Encik Muhammad Farhan Md Noor, Cik Haslinda Abd Kaiyom, Cik Nor Adilah Jahar, Puan Siti Safura Ghazali dan Penolong Akauntan, Puan Rosdahlia Dahlan. 

          Warga SMA Rompin berharap semoga para guru dan kakitangan diraikan meneruskan pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan dan mengekalkan ukhwah yang telah terjalin di bumi SMA Rompin.

Friday 4 March 2022

SIJIL SIRIM SMA ROMPIN


Alhamdulillah. SMA Rompin telah menerima Sijil SIRIM QAS International Sdn.Bhd. yang mengesahkan sekolah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati ISO 9001 : 2015.

Skop Pensijilan : Pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri.

Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang dan semua warga sekolah.




h.