doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Friday 28 November 2014

ROMBONGAN LEPAS SPM

Pelajar yang baru selesai SPM mengadakan rombongan ke Utara Semenanjung. Bas berlepas 17 November 2014 malam. Cik Norazyanti dan Cik Noor Hasilah menyertai rombongan ini.

PROJEK ECER

27 November 2014, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan mengetuai pasukan yang terdiri dari ECER (3 orang - Pengurus Pahang dan dua orang Perunding) dan JKR Rompin (2 orang - Jurutera Daerah dan Pembantu Teknik) mengenal pasti kerja-kerja penyelenggaraan yang boleh dibantu oleh ECER. Pegawai Eksekutif Pembangunan JAIP memantau dan memberi cadangan kerja-kerja yang wajar dilaksanakan.

Thursday 13 November 2014

SPM HARI INI

Sejarah Kertas 3 jam 8.00 - 11.00 pagi.

Bahasa Arab Kertas 1 jam 2.00 - 3.15 petang.

Tuesday 11 November 2014

Friday 7 November 2014

KELAS TAMBAHAN SEJARAH SPM

Syabas kepada pelajar yang hadir kelas tambahan Sejarah petang ini. Terima kasih Pn Foziah!




PERIKSA SMA DAH HABIS!


TERIMA SURAT NAIK PANGKAT TIME-BASED TBBK

6 November 2014, jam 3.00 petang di Masjid Negeri, Kuantan. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang menyerahkan surat kenaikan pangkat kepada 11 orang guru terlibat. 1 DG52, 1 DG48, dan 9 DG44. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang bersetuju menerima pakai TBBK di sekolah menengah agama negeri.










PESAN PENGETUA HARI INI

Pelajar SPM belajar sungguh-sungguh. Jangan buang masa. Tahniah kepada orang yang boleh study sampai 3-4 pagi. Kalau buat begini dari awal tahun tentu boleh dapat 10A bagi orang yang ambil 9 pelajaran!

Pelajar yang kena gigit ular, lipan atau sengat tebuan mesti pergi hospital untuk periksa degupan jantung. Jika perlu hospital akan beri bantuan pernafasan. Jangan menderita sendiri sahaja. Boleh mati!

Pelajar yang hendak kena buli mesti membuka silat langkah 1000. Selamat! Pembuli boleh cerita di balai. Jangan sampai jadi seperti dalam gambar ini:


 Pelajar yang dituduh dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, semalam.

HARI AKHIR PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA PAHANG




Monday 3 November 2014

SPM MULA

Hari ini sekolah cuti peristiwa. Menang bola lawan JDT. Periksa SPM tak cuti.