doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Friday, 7 November 2014

PESAN PENGETUA HARI INI

Pelajar SPM belajar sungguh-sungguh. Jangan buang masa. Tahniah kepada orang yang boleh study sampai 3-4 pagi. Kalau buat begini dari awal tahun tentu boleh dapat 10A bagi orang yang ambil 9 pelajaran!

Pelajar yang kena gigit ular, lipan atau sengat tebuan mesti pergi hospital untuk periksa degupan jantung. Jika perlu hospital akan beri bantuan pernafasan. Jangan menderita sendiri sahaja. Boleh mati!

Pelajar yang hendak kena buli mesti membuka silat langkah 1000. Selamat! Pembuli boleh cerita di balai. Jangan sampai jadi seperti dalam gambar ini:


 Pelajar yang dituduh dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, semalam.

1 comment:

  1. TOLONG HANTARKAN BOLA ITU!!

    Perkongsian Ilmu Perniagaan......

    HANTARKAN BOLA ITU yang dimaksudkan ialah melepaskan sesuatu tugasan atau tanggungjawab kepada orang lain. Janganlah kita menjadi seorang yang melakukan semua kerja yang ada pada sesebuah organisasi. Ini berlaku apabila kita menjadi seseorang yang bergelar ahli perniagaan, kitalah sebagai pemasarannya, perekanya, teknikalnya, dan kitalah segala-galanya. Kita ini manusia biasa sahaja di dunia, bukannya seorang yang boleh melakukan semua kerja-kerja tersebut. Oleh itu, kita perlulah bijak membahagikan tugas dan tanggungjawab tersebut mengikut posisi yang telah ditetapkan serta fungsi dan kemahiran seseorang itu sendiri. Semua itu dapat mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti bankrap dan kerugian apabila perancangan yang dibuat tidak menjadi.

    AHLI PERNIAGAAN = PEMAIN TENGAH

    Safiq Rahim sebagai contoh pemain tengah yang mantap untuk mengawal permainan. Dia seorang yang kreatif untuk menghidupkan permainan, hantaran pendek yang tepat dan peka terhadap keadaan sekeliling. Dia juga mencuba untuk membuat hantaran jauh, tetapi jarang jarang. Dia mengetahui kelebihan dan kekurangan pasukannya. Tambahan pula dengan KETENTUAN dariNYA dan TUAH yang diperolehi. Sudah cukup untuk pasukan MALAYSIA. Sekarang kita tukar semua ini kepada kehidupan seseorang ahli perniagaan.

    Seseorang ahli perniagaan itu akan berjaya apabila dia mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam model perniagaannya. Apabila dia pandai mengagihkan kerja dengan cekap dan berkesan, pasti kejayaan itu menjadi miliknya.

    Moga Bermanfaat.

    ReplyDelete