doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Monday, 29 December 2014

MULA SEKOLAH TANGGUH SEMINGGU

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memaklumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS (Pusat Pemindahan Sementara) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.

"Ia juga kerana keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Muhyiddin lagi, sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Pada Ahad, keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang.

Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).


No comments:

Post a Comment