doa

Ya Allah berilah kekuatan dan kerajinan kepada kami untuk mencapai kejayaan.

Emel: smarompin@pahang.gov.my

Friday, 26 September 2014

TULISAN YANG SANGAT MENARIK DARI SEBUAH BLOG BELAJAR BAHASA ARAB

Beberapa hari sebelum tiba masa peperiksaan,

ketika empat orang pelajar sebuah kuliah berpakat..

untuk menghabiskan dua atau tiga hari

di satu tempat terpencil untuk makan angin & bersuka ria

kerana mereka berasa mereka akan pulang dengan otak yang kosong

dan boleh menjawab soalan nanti

Di sana mereka terpukau dengan pemandangan alam semulajadi yang indah

lalu mereka pun terlewat dan mendapati bahawa mereka tidak akan sempat hadir ke peperiksaan yang pertama

maka mereka pun fikir untuk mencipta satu helah terhadap guru mereka

supaya beliau boleh mengulang peperiksaan untuk mereka pada hari berikutnya

 dan mereka memberitahunya selepas kepulangan mereka

bahawa salah satu tayar kereta mereka telah pecah

ketika dalam perjalanan pulang pada waktu malam

di suatu tempat yang gelap dan tiada seorang penduduk pun

dan mereka terpaksa menunggu sehingga hari berikutnya

untuk membaiki tayar itu

lalu guru mereka bersetuju untuk menunda peperiksaan bagi mereka

pada hari yang ditetapkan untuk peperiksaan itu

guru meminta dari empat orang pelajarnya itu

supaya setiap orang dari mereka duduk

di satu sudut dalam dewan peperiksaan

supaya mereka tidak dapat melihat apa yang ditulis oleh rakan mereka

mereka berempat amat terkejut dengan kertas soalan tersebut apabila mengandungi soalan yang berbunyi :

"Tayar yang mana satu kah (dari empat tayar kereta) yang pecah?"

"Pukul berapakah kejadian itu berlaku?"

"Siapakah yang memandu kereta pada waktu itu?"

No comments:

Post a Comment