Hari ini pelajar asrama balik kampung. Boleh guna beca untuk angkut barang. Masa balik semula ke asrama mohon ibu bapa guna beca untuk bawa barang anak!
Pelajar tingkatan satu menjalani program suai kenal. Besar harapan kami agar mereka dapat belajar dengan selesa dan bersungguh-sungguh.
Kami telah melakukan sebaik mungkin dalam menjaga semua pelajar, terutamanya pelajar tingkatan satu dari dibuli. Mohon ibu bapa peka terhadap perubahan tingkalaku dan emosi anak masing-masing. Keraplah bertanya anak-anak. Jika mereka kena buli, sila lapor segera. Tindakan serta merta akan dikenakan kepada pembuli.